11 April 2014

Khidmat jahitan individu

Teks: ClothDNZ : Butik Baju Menyusu Muslimah

Sedikit penerangan berkenaan dengan khidmat jahitan individu yang kami tawarkan: 

 - Jangkamasa siap adalah 2-4 minggu mengikut aturan semasa dikira dari tarikh penerimaan fabrik dan bayaran penuh. Kami tidak mengambil tempahan URGENT, kurang dari seminggu atau diperlukan pada tarikh tertentu bagi mengelakkan masalah aturan dan tempahan disiapkan dengan tergesa-gesa.

- Tempahan diterima melalui 2 cara - online atau walk-in ke galeri.


- Tempahan yang menggunakan fabrik sutera berbatu/fabrik bersulam, fabrik yang mempunyai design bunga menjalar/garisan pada satu arah akan memerlukan fabrik yang lebih banyak dari biasa.

- Kami memerlukan bayaran PENUH semasa tempahan dibuat. Bayaran boleh dibuat melalui cash, bank transfer atau credit card (melalui PayPal). Tempahan hanya akan dimasukkan ke dalam aturan jahitan setelah bayaran penuh diterima. 

Sekiranya membuat tempahan melebihi 8 pasang dalam satu tempahan, kami boleh mempertimbangkan bayaran ansuran 2x. Kami akan mula jahit setelah menerima bayaran pertama, namun produk siap hanya akan dipos kepada pelanggan setelah bayaran akhir diterima. 

Walau bagaimana pun, bayaran kedua (akhir) perlu diterima dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran pertama. Kegagalan pembayaran penuh dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan tempahan dibatalkan dan produk siap akan dilelong.

- Setiap tempahan akan diposlaju/courier ke lokasi pelanggan apabila telah sedia. Ini bagi mengelakkan masalah kelewatan pengambilan/backlog tempahan/kesilapan pengambilan/kehilangan/kecurian yang mungkin boleh berlaku.

Diharap penjelasan di atas membantu suri memahami perkhidmatan ini dengan lebih baik.
Post a Comment