16 December 2010

Lunatots Cloth Diaper FAQ




1.Mengapa saya perlu memakaikan lampin kain moden (cloth diaper-CD) kepada anak saya?
Lampin kain moden (CD) adalah alternatif yang mudah, selamat dan praktikal kepada ibu bapa berkerjaya yang mempunyai anak kecil. Ianya juga selamat untuk alam kita dimana mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper-DD) yang mengambil masa beratus2 tahun untuk lupus. Kajian mengatakan pemakaian DD meningkatkan kadar ruam dikalangan bayi daripada 7.1% ke 61%. 


2. Apa bezanya dengan lampin kain dulu2/seluar getah?
Material lampin kain adalah daripada cotton dan perlu dipin menggunakan baby safety pin. Selain itu, anda perlukan seluar getah bagi menghalang air kencing bayi daripada bocor. Ianya tidak praktikal bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke rumah pengasuh atau nurseri kerana remeh dan mengambil masa.
Lampin kain moden (CD) adalah dari material PUL (luar) yang menghalang kebocoran, fleece (dalam) yang lembut, selesa dan menyebabkan bayi rasa kering sementara mikrofiber insert yang diletakkan di dalam poket adalah untuk menyerap kencing bayi.

Pemakaian CD adalah serupa dengan DD dimana ianya berbentuk seluar.
3. Berapakah harga sekeping CD?
Lunatots CD mempunyai 2 pilihan samada snap button CD ataupun velcro CD.
Anda juga boleh memilih samada berpoket atau jenis all-in-one(AIO)

4. Adakah insert disertakan sekali dengan CD itu?
Ya, 1 insert disertakan sekali. Bagaimanapun, anda boleh membeli pakej beserta 2 insert.

5. Apakah perbezaan Snap Button CD dan Velcro CD? Dan yang manakah lebih bagus?
Snap Button CD menggunakan button untuk waist adjustment sementara Velcro CD menggunakan hook and loop fastener. Velcro CD lebih praktikal bagi mereka yang menghantar anak ke rumah pengasuh bagi kemudahan penjaganya. Sementara Snap Button CD (nampak) lebih tahan lama dan sesuai untuk bayi yang masih kecil dan belum lasak.

6.Bagaimana memilih saiz CD untuk anak saya?
Lunatots CD adalah one size CD dimana setiap CD mempunyai barisan butang yang boleh diselaraskan mengikut saiz.


Bermakna, CD yang sama boleh digunakan untuk bayi anda ketika bayi sehinggalah dia belajar kencing sendiri. Lunatots CD sesuai untuk bayi berat 3 kg(newborn) sehingga anggaran berat 17kg.
7. Berapa lamakah CD ini boleh dipakaikan kepada bayi?
Pakaikan sekeping CD dengan satu insert selama 3-4 jam dan 2 insert untuk pemakaian 6-7 jam
8. Berapa lamakah jangka hayat CD?
Ianya ibarat baju dan seluar anak kita yang kerapkali dipakai dan dibasuh. Maksud saya, ianya bergantung kepada cara pembasuhan, jenis sabun, cara pengeringan dan lain lain.


Biasanya CD yang sama boleh diguna selama 2 tahun lebih dan disimpan untuk dipakaikan kepada anak yang seterusnya. Sekiranya berlaku kerosakan pada CD anda (katakan di bahagian getah peha) selepas menggunakannya selama 1 tahun atau lebih, anda boleh men-DIY sendiri :) ! Jimat kan?
9. Berapa banyakkah CD yang saya perlukan untuk seorang bayi? Dan jika saya mahu fully-CD (tidak membeli DD langsung), berapa helaikah yang diperlukan?
Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 CD sehari utk seorang bayi.
Jika anda mahu fully-CD, 10 keping CD adalah memadai. Cuma jika anda mempunyai lebih (seperti 20 atau 30), anda tidak perlu membuat basuhan CD setiap hari kerana cukup stok untuk 3 hari.
10. Bolehkah saya menukar insert didalam sahaja setiap kali bayi kencing?
Tidak boleh. Anda perlu menukar keseluruhan CD dan insert dengan yang baru kerana keseluruhan CD sudah terkena air kencing bayi.
11. Apakah prewash?
Prewash ialah basuhan awal sebelum menggunakan CD bagi tujuan membersihkan CD baru. Selain itu, prewash juga bertujuan untuk ‘melatih’ mikrofiber insert yang baru untuk menyerap air. Semakin tinggi kadar basuhan, mikrofiber insert akan semakin menyerap dan risiko untuk bocor adalah rendah.

12.Bagaimanakah cara basuhan?
Terdapat 2 fasa basuhan CD. Yang pertama, CD yang terkena najis (air besar atau air kecil) perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan cara menyiram air yang banyak bagi menghilangkan bau dan bentuknya.
Selepas itu, masukkan CD anda ke dalam laundry bag dan basuh menggunakan mesin basuh.

13. Bolehkah saya membasuh CD menggunakan tangan (jika tidak ada mesin basuh)?
Boleh, dengan cara merendam CD supaya warna najis hilang. Jangan sental CD menggunakan berus kerana material fleece nya akan rosak dan berbulu.

Selain itu, anda akan mengambil masa yang lama untuk mengeringkan insert yang tebal (kerana tidak di-spin)

15.Apakah sabun yang boleh atau tidak boleh digunakan?
Anda boleh menggunakan sebarang jenis sabun SEKIRANYA bayi anda sesuai (tiada ruam atau rekahan kulit).


Sebagai panduan, gunakan sabun Pureen HAD atau sabun murah yang tidak berenzim, tidak peluntur dan tidak berpelembut. 

16. Bagaimana jika bayi saya masih ruam selepas menggunakan CD?
  1. Jika anda menyusukan bayi anda, kurangkan pengambilan dairy product seperti susu, yoghurt dan keju.
  2. Jika anak anda sudah mula makan, perhatikan sebarang makanan yang baru diperkenalkan yang mungkin memberi kesan alergi kepada bayi.
  3. Cuba tukarkan sabun basuh CD anak anda.
  4. Kerapkan penukaran CD daripada 3 jam kepada 2 jam sekali.
17. Mengapa CD anak saya kerap bocor?
  1. Pastikan CD anak anda sudah di prewash berulang kali sebelum digunakan.
  2. Saiz yang sesuai adalah PENTING semasa memakai CD. Sekiranya CD bayi terlalu longgar di bahagian peha, ianya akan menyebabkan kencing bayi mengalir keluar jika bayi bergerak (atau berjalan).
  3. Pastikan mikrofiber insert diletakkan elok2 dan merangkumi bahagian keseluruhan cawat.
  4. Ini adalah kes yg jarang2 berlaku tetapi perhatikan samada PUL (lapisan luar) CD anda dalam keadaan elok (tidak koyak). Sekiranya anda baru sahaja membelinya, tukarkan dengan penjual CD anda. Ianya mungkin manufacturing defect.
18. Apa bezanya Lunatots Cloth Diaper dengan jenama lampin kain moden yang lain?
Anda ibu bapa yang arif tentang nilai wang yang dibelanjakan dengan kualiti barang yang anda akan dapat.
Kami di Lunatots mementingkan kualiti dan after sales service. Sekiranya terdapat kekurangan dalam produk kami mahupun layanan, sila nyatakan kepada info@lunatots.com.

Selain itu, Lunatots CD adalah produk Malaysia yang boleh dibanggakan. Kami pernah muncul di majalah keibubapaan utama di Malaysia iaitu Pa&Ma(Julai 2009) dan suratkhabar Berita Minggu, 21 Jun 2009.
Sumber : Lunatots

CDNZ merupakan Reseller CD Lunatots sejak April 2009

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...