16 January 2011

Kenali Cloth Diaper (CD) @ Lampin Kain Moden

Lampin kain moden/Cloth Diaper (CD) telah menjadi trend terkini ibu-ibu moden pada hari ini. Pada yang belum jatuh cinta pada CD, jom kita berkenalan dulu ;)
Antara jenis-jenis CD ialah :
1) Prefolds
- Lampin kain biasa tetapi telah siap dijahit dalam bentuk segiempat.
- Untuk memakainya kita memerlukan pin/snappy.
- Perlukan cover untuk mengelakkan kebocoran.
- Jenis kain biasanya cotton, gauze, Birdseye flannel, hemp, velour.
2) All In One (AIO)
- CD yang telah siap dijahit dengan insert
- Tidak memerlukan cover, ia boleh terus dipakaikan kepada bayi
- Terdiri dari jenis butang (snap button) dan velcro (hook & loop)
- Jenis lapisan luar CD adalah kalis air (waterproof), biasanya PUL, Procare, fleece, or wool.

3) All In Two (AI2)
- Lebih kurang sama dengan AIO, ada insert yang dijahit & ada juga yang tidak dijahit
- Insert yang tidak dijahot boleh diletakkan di atas inner CD
- Jenis lapisan luar CD adalah kalis air (waterproof), biasanya PUL, Procare, fleece, atau wool
- Beza dengan AIO adalah cover/outer CD boleh digunakan kembali, hanya perlu tukar insert sahaja bila bayi buang air kecil/besar

4) Pocket
- Insert perlu dimasukkan ke dalam poket
- Tidak memerlukan cover yang lain
- Terdiri dari jenis butang (snap button) dan velcro (hook & loop)
- Jenis lapisan luar CD adalah kalis air (waterproof), biasanya PUL, Procare, fleece, or wool

5) Fitted
- Memerlukan cover/wrap
- Terdiri dari jenis butang (snap button) dan velcro (hook & loop)
- Ada juga yang memerlukan pin/snappy
- Lapisan luar & dalam tidak kalis air (bergantung kepada jenis kain)

6) Contour
- lebih kurang sama dengan fitted & prefold, cuma berbeza dari segi bentuk
- memerlukan pin/snappy
- memerlukan cover kerana lapisan luar tidak kalis air
************************
Lampin kain moden @ CD yang ada di CDNZ adalah jenis poket dan All In One (paling praktikal bagi ibu bekerja - mengikut pengalaman & pandangan Nik Ha ;) )
Boleh lihat pakej Special Offer with Free Gift di http://clothdnz.lot.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...