03 May 2011

Cara pembasuhan CD

1. Sebelum dipakai CD perlu dibasuh sekurang-kurangnya 3 kali bagi menambah kadar serapan.

2. Bagi Pocket CD & All In One (AIO) keseluruhan CD & insert perlu dibasuh apabila basah. CD & insert perlu dibilas untuk menghilangkan air kencing sebelum dibasuh dengan mesin basuh. Jika anak membuang air besar, buang najis ke dalam mangkuk tandas dan bilas CD tersebut. Untuk menghilangkan kesan najis, boleh sapukan sedikit sabun dan gosok dengan tangan. Jangan gunakan berus kerana ini akan merosakkan inner CD. Boleh juga direndam sebentar (1-2 jam). Kesan dan bau najis akan hilang apabila di basuh atau setelah dijemur di bawah cahaya matahari.

3. Bagi CD Velcro, lekatkan tab pelekat pada tab basuhan untuk mengelakkan velcro melekat pada CD yang lain.

4. Gunakan sedikit sahaja sabun tanpa enzim dan yang lembut seperti Lunacare, HAD Pureen, Top.

5. Basuh dengan air yang banyak untuk mengeluarkan lebihan sabun pada CD & insert.

6. Jangan gunakan peluntur dan pelembut kerana ini akan merosakkan CD dan mengurangkan kadar resapan.

7. Gunakan laundry net untuk memastikan CD tahan lama terutamanya di bahagian getah dan velcro.


  Sumber jadual : Lunatots.com

Tips:

1. Jika setelah dibasuh, CD masih mengeluarkan bau, boleh dibilas semula dengan memasukkan 2-3 titik minyak Tea Tree atau Dettol.
 
2. Elakkan membasuh CD lebih dari 2 dozen dalam sekali basuhan di dalam mesin basuh untuk mengelakkan 'pilling' dan sabun yang terkumpul pada CD.
 
3. Elakkan menjemur CD terlalu lama di bawah panas matahari untuk memastikan PUL pada outer CD tahan lebih lama. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...