03 May 2011

Cara pemakaian CD

1. Sebelum dipakai, anda perlu membasuh (prewash) CD tersebut sebanyak 3 kali untuk memastikan serapan yang baik dan menghilangkan kesan pemprosesan di kilang.

2. Bagi one size (OS) CD, ubahsuai butang mengikut saiz anak anda samaada S, M, L atau XL. Biasanya saiz adalah sama seperti saiz dispo diaper (DD) juga. Masukkan microfiber insert ke dalam poket CD. Pastikan insert rata dan betul untuk mengelakkan kebocoran. Anda juga boleh meletakkan nappy liner untuk memudahkan basuhan jika anak anda membuang air besar. Pakaikan pada anak anda seperti memakai DD juga (terutamanya jenis Velcro).



3. Jangkamasa pemakaian CD adalah seperti dispo diaper juga. Ia juga bergantung kepada anak anda samaada heavy wetter (kencing banyak) atau tidak. Jika heavy wetter, anda perlu menukar CD lebih kerap atau tambahkan insert atau gunakan insert khusus untuk heavy wetter jika anda ingin memakaikan CD dengan jangka masa yang lebih lama.

Sumber gambar & jadual : Lunatots.com
    Post a Comment