16 February 2015

Tip memilih pakaian menyusu


Ibu menyusu kini sangat bertuah kerana sudah banyak pilihan baju menyusu yang dapat membantu penyusuan dengan mudah dan selesa di mana-mana sahaja. Ia bukan sahaja memudahkan penyusuan, malah ibu kelihatan sopan dan cantik bergaya.

Ada yang bertanya, perlukah baju menyusu? 
Jawapannya bergantung pada citarasa masing-masing :). Ada ibu yang tidak suka menyelak/mengangkat baju dari bawah terutama jika memakai baju labuh. Jadi baju menyusu dengan bukaan khas direka untuk memudahkan ibu menyusukan bayi. Hanya selak/buka sedikit dan ibu boleh terus menyusukan bayi atau memerah susu di pejabat. Orang sekeliling pun mungkin tidak perasan kerana ia boleh dilakukan dengan cepat.

Oleh kerana sudah banyak pilihan baju menyusu untuk ibu, mari kita lihat tip untuk mendapatkan baju menyusu yang sesuai.

1. Pilih desain yang disukai atau selesa dipakai.

Ibu tidak perlu terlalu mengikut trend. Pakaian perlu diutamakan dari segi fungsinya terlebih dahulu. Apabila ibu berasa gembira dan selesa, susu lebih mudah dihasilkan dan penyusuan lebih lancar.

Desain atau jenis baju menyusu adalah seperti dress/ jubah/ abaya, blouse, tshirt, pelbagai jenis kurung (moden, Pahang, Riau, pesak gantung), kebaya

2. Pilih jenis kain/material.

Pilih kain yang lembut dan stretchable. Banyak baju menyusu dihasilkan dari fabrik lycra kerana ia mudah dijahit dan cantik untuk pelbagai jenis bukaan menyusu. Fabrik ini sejuk dan selesa dipakai. Ia juga mudah diurus kerana tidak perlu diseterika.


Namun ada ibu yang tidak berani memakai fabrik lycra dengan sebab ia mengikut bentuk badan. Sebenarnya ia boleh dipakai dengan sedikit tip yang pernah saya kongsikan di page ClothDNZ. Saya akan kongsikan semula di post khas berkenaan fabrik lycra. Asasnya ialah potongan yang longgar dan jenis lycra itu sendiri, ada yang nipis, ada yang lembut, ada yang tebal. Ibu boleh bertanya pada peniaga, jenis lycra yang digunakan.

Alternatif lain bagi yang memilih fabrik memeri ialah denim. Ciri-cirinya hampir sama dengan lycra.

Kain kapas (cotton) pula amat sesuai untuk ibu dan bayi berkulit sensitif. Ia lembut dan tahan lasak. Kain kapas berkualiti tinggi mudah diurus walaupun perlu digosok (mudah hilang kedut bila diseterika).


Kain sutera (silk) sangat cantik tetapi kelemahannya ialah agak susah hilang kesan susu apabila ibu mengalami leaking semasa tidak memakai nursing pad.

Wool tidak sesuai dipakai oleh ibu jika ingin menyusukan bayi yang mengalami ekzema. Ini kerana geseran kain pada kulit bayiboleh menyebabkan kulit bayi gatal/luka.

3. Hadkan hiasan/aksesori.

Elakkan aksesori yang sarat seperti manik, sequin terutama pada bukaan menyusu yang boleh menyebabkan kulit bayi tercalar/gatal


Ibu juga boleh mendapatkan tip bergaya untuk ibu menyusu di sini:

Do I Need to Buy Special Clothes to Breastfeed?
10 things to wear as a nursing mother
Nursing fashion guide
10 style tips for nursing mothers

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...