28 September 2014

Tip berpakaian mengikut kesesuaian badan

Setiap wanita perlu tahu jenis bentuk badan yang dimiliki untuk memudahkan pemilihan pakaian yang bersesuaian. Pemilihan pakaian amat penting kerana pakaian yang sesuai dengan badan akan memberi keselesaan, keyakinan dan menarik dipandang.

Berikut adalah tip berfesyen dari Cik Puan Nadiah Ibrahim, Perunding Imej bertauliah dan Pengarah NADYA Power Image Consultancy:

1. Bagi wanita berbadan gempal dan tinggi
  • Secara umumnya bentuk badan ini dinamakan bentuk bulat atau epal.
  • Pilih fabrik seperti cashmere, kapas dan linen.
  • Elakkan fabrik satin (yang berkilat), berkait tebal (knitted), kuodroi tebal dan lycra nipis. Ini kerana ia akan menampakkan badan kelihatan lebih gempal.
  • Pilih corak yang memberi ilusi kurus seperti jalur serong dan jakur tegak.
    Pilih corak bunga atau polkadot tidak lebih dari sebesar penumbuk. Saiz yang lebih besar akan membuta anda kelihatan lebih besar.
  • Pilih warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru atau hijau gelap.
  • Elakkan memakai tudung atau anak tudung yang melekap di atas dahi bagi yang berwajah bulat dan berisi.
  • Pilih tudung atau anak tudung yang tirus di atas dahi.
  • Apabila bergambar, anda boleh meletakkan tangan di bahagian pinggang untuk tidak kelihatan gempal dalam gambar.
[Picture source]

2. Bagi wanita berbadan kurus dan tinggi
  • Sesuai mengenakan pakaian berwarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat.
  • Sesuai menggayakan corak melintang dan bunga yang besar supaya tidak nampak terlalu kurus. 

3. Bagi wanita berbadan kurus dan rendah
  • Sesuai berpakaian dari warna yang lebih cerah dan corak yang lebih besar.
  • Corak garis menegak akan menampakkan anda kelihatan lebih tinggi
Post a Comment