03 May 2011

Stripwash

Stripwash dilakukan apabila CD kerap bocor disebabkan kadar serapan yang semakin berkurangan. Ia mungkin berlaku kerana :
1. terkumpulnya sabun pada CD atau insert
2. menggunakan nappy cream tanpa dilapik dengan nappy liner
3. menggunakan bedak 
4. menggunakan pelembut

Cara-cara melakukan stripwash:
1.  Sediakan besen/baldi berisi air suam. Masukkan CD/insert yang telah dibilas. Picitkan sedikit sabun basuh pinggan (Sunlight) pada inner CD atau boleh juga dimasukkan sedikit sabun tersebut ke dalam besen tadi.
2.  Gosok-gosokkan bahagian luar & dalam CD.
3. Bilas dengan air yang banyak untuk menghilangkan kesan sabun.
4. Basuh dengan mesin basuh tanpa sabun.
5. Jemur seperti biasa.

Tips:
1. Untuk menghilangkan bau atau memutihkan CD & insert, boleh dimasukkan sedikit cuka dan sedikit soda bikarbonat pada bilasan terakhir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...