Gambar : Koleksi ClothDNZ
Kami sering menerima soalan dari pelanggan berkenaan dengan jumlah sebenar fabrik yang diperlukan untuk tempahan kurung menyusu.
Sukar untuk kami memberikan kuantiti yang tepat, kerana kuantiti fabrik yang mencukupi untuk satu-satu design adalah berbeza mengikut faktor di bawah:

- Jenis Baju /Design Baju
- Ukuran badan
- Bidang (lebar) fabrik
- Design pada fabrik (corak sekata, jalur, bunga menjalar, etc)
- Tambahan ciri fabrik (sulaman pada bahagian tertentu, corak yang perlu diletak pada bahagian tertentu baju, fabrik berbatu/manik etc)
Kebiasannya, 4m fabrik bidang 45 adalah mencukupi untuk sepasang baju
kurung pesak/pahang menyusu yang tanpa inner. Untuk design yang
mempunyai inner, tambahan 0.5m fabrik adalah diperlukan.
Bagi bahagian inner ini, adalah terpulang kepada pelanggan untuk samada menggunakan fabrik yang sama sepertimana untuk baju atau fabrik polos/'stretchable'.
Bagi pelanggan yang memilih design kurung moden dengan bukaan menyusu kanan dan kiri, adalah disarankan untuk menyediakan fabrik yang lebih daripada kebiasaannya. Ini kerana untuk membolehkan zip dimasukkan ke sisi kiri dan kanan dada, cutting jenis 'princess cut' adalah diperlukan. Cutting ini adalah bermaksud 3 panel akan di potong dan dijahit-cantumkan pada bahagian depan, berbanding hanya 1 panel sahaja untuk kurung moden biasa.

![]() |
Kurung moden / blouse dengan bukaan menyusu zip kanan kiri |
Oleh itu, sekiranya fabrik yang digunakan adalah jenis bercorak
bunga menjalar atau corak pada satu arah, fabrik yang diperlukan adalah
lebih daripada kebiasaannya. Ini bagi memastikan corak pada panel-panel
di hadapan baju dan juga pada tangan adalah sekata dan bersambung.
Bergantung kepada saiz juga, selalunya design sebegini memerlukan antara
4.5-5m fabrik untuk sepasang.
Design seperti peplum, potongan flare, dan berfesyen juga memerlukan fabrik yang lebih.
Minima lebar bidang kain yang diperlukan adalah 45". Adakalanya fabrik siap potong 4m (termasuk jenis sulaman/ sutera/berbatu) mempunyai bidang lebih kecil dari 45" yang mana akan menyebabkan pihak tailoring tidak dapat menyiapkannya.

Abaya Peplum |

No comments:
Post a Comment