Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

21 November 2016

Tip basuh abaya

ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way 
=====================================

+ Asingkan abaya yang boleh dibasuh dengan mesin atau tangan.

Abaya tanpa lace atau kain yang tahan lasak seperti Sakura Silk boleh dibasuh dengan mesin.

Kak ZM gunakan mod Soft sahaja kerana pakai ke ofis berhawa dingin tak kotor sangat.

Abaya dengan lace dibasuh dengan tangan supaya lace tahan lama.

Kak ZM masih guna mesin untuk keringkan.
Ini bergantung pada jenis dan ketahanan lace.

+ Jemur abaya dari sebelah dalam untuk mengekalkan warnanya.

Abaya yang terdedah kepada cahaya matahari terik mudah kelihatan kusam dan luntur warna. + Jemur secara menggantung atau berlipat mengikut jenis kain.

Kain Sakura Silk dan abaya lace SiFu boleh terus digantung. Ia tidak akan mengecut atau melendut.

+ Setelah kering, abaya terus digantung untuk mudah gosok.

Jika basuh dengan tangan tanpa rendam lama dan terus jemur, biasanya abaya ni tak kedut pun.
Dah kering boleh terus pakai 👏
 

==========
TEMPAHAN:
 ==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261
atau email nikhabiz@gmail.com

19 November 2016

Tip jaga lace organza

ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way
=====================================

Assalamualaikum mama manis 💗
Mama tak sabar tunggu Abaya Organza yang dah tempah pada Promosi Oktober yang lepas?
InsyaAllah akan sampai hujung Nov. ni ya 😊
.
Ni kak ZM kongsi sedikit tentang lace organza.
Organza adalah sejenis kain yang nipis dan berkilat. Ada jenis sutera organza dan ada yang dicampur dengan fiber sintetik seperti polyster atau nilon. .
Fabrik atau lace Organza selalunya digunakan pada majlis istimewa seperti baju pengantin, baju makan malam, hiasan hantaran dll.
Ia juga digunakan dalam interior design sebagai sheer curtains untuk menaikkan seri ruang.
.
TIP JAGA LACE ORGANZA
=====================
Sesetengah fabrik organza sintetik tidak mengecut dan boleh dibasuh dengan mesin. Namun organza sutera perlu dibasuh dengam tangan dan biarkan kering sendiri (air-dry).
.
Bagi menjaga ketahanan lace organza, apatah lagi jika ada manik, eloklah abaya dibasuh tangan sahaja ✌

Jika dibasuh dengan mesin, elakkan bercampur dengan pakaian lain yg berzip, hook supaya tidak merosakkan organza.
.
Gunakan sabun lembut. Elakkan guna peluntur.
Gunakan cuka putih untuk membuang lebihan sabun. Bilas secukupnya.
.
Jika ada kesan kotoran degil, sapukan cecair pencuci dan gosok dgn berus gigi secara lembut .
Elakkan dijemur bawah cahaya matahari terik terutama organza dari jenis poleyster.

Organza bersifat elektrostatik yang menyebabkan ia melekat. Boleh gunakan dryer utk mengurangkannya.
.
Gosok dengan suhu rendah dari sebelah dalam secara cepat untuk elakkan lace rosak sebab ia agak nipis dan tak tahan panas.
Jika ada banyak kedutan, letakkan tuala lembap sekejap, alihkan dan terus gosok.
Atau boleh juga gosok di atas tuala tersebut.
.
Elakkan simpan baju berlace organza dalam beg plastik yg boleh memerangkap lembapan dan boleh menyebabkan kulat. Keadaan berasid juga akan merosakkan organza terutama dari jenis sutera.
.
#laceorganza #jubahorganza

 TEMPAHAN:
 ==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261
atau email nikhabiz@gmail.com

26 October 2016

Tip pakai abaya plain

ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way
=====================================

TIP PAKAI ABAYA PLAIN
--------------------------------
.
TIP 1: Kenal pasti jenis dan ketebalan kain .

Ni penting sangat sebab abaya plain ni mudah menampakkan bentuk badan oleh kerana sifatnya yang kosong tak bercorak.
Ada kain jenis melekat, ada yang flowy.
Ada yang melekat dalam suasana sejuk.
Ia juga bergantung pada jenis kulit kita bertindak balas dengan material kain (daya elektrostatik).
.
Kain yang sangat lembut dan nipis lebih memberi kesan seksi bila dijadikan jubah / abaya.
Apatah lagi desainnya juga plain/selapis kain sahaja.
.
Jadi mama kena pakai inner bergantung pada jenis dan ketebalan kain abaya tu ya.


TIP 2 :Pilihan warna.

Bila menggayakan abaya plain, mama perlu melihat kategori warna.Warna-warna pastel menampakkan imej yang lembut.
Mama digalakkan memakai inner walaupun kainnya tidak terlalu nipis.

TIP 3 :Pakai inner.
Bagi abaya berkain lembut, mama boleh pakai inner dari kain yang tebal/keras sedikit untuk mengelakkan kain melekat pada badan.
.
Pilihlah inner yang serap peluh untuk selesa dalam cuaca panas. Inner dari cotton biasa atau cotton tshirt sesuai untuk semua jenis kulit. .
Begitu juga dengan skirt/seluar sebagai alas/kain dalam.
Pakai skirt /seluar panjang yang longgar dan sedikit tebal untuk melindungi panty line.
Ini sangat-sangat perlu dijaga ya.

TIP 4 : Match dgn tudung bercorak/color block.
Bagi menaikkan seri semasa memakai abaya plain, mama boleh suai padan dengan tudung bercorak atau color block.
Jika abaya berwarna lembut, pakailah tudung yang berwarna terang.
Elakkan tudung yang sama warna dengan abaya.

TIP 5 :DIY hiasan mudah/simple.
Abaya plain boleh ditambah hiasan sendiri dengan menampal dokoh atau lace yang tidak perlu dijahit.


#plainabaya #jubahplain
==========
TEMPAHAN:
==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261 atau email nikhabiz@gmail.com

11 October 2016

Tip gosok pakaian


 
Salam mama
Semoga ceria2 selalu..
.
Nak kongsi sikit, Kak ZM ni ada penyakit kurang rajin nak gosok baju sendiri setiap kali nak pergi kerja.
Kalau gosok baju anak sekolah dan suami ok je 😅
Sampai rasa nak resign, kerja kat rumah je lah, pakai tshirt & seluar panjang je, takyah gosok2 baju.
Emos kan kak ZM 🙈
.
Oleh sebab simpanan, harta, aset masih kena kumpul dengan gigih, maka kak ZM kena gigih pergi kerja luar rumah jugak.
Maka kak ZM kena buat koleksilah baju yang tak perlu gosok atau gosok huduh-huduh kata ore kelate 😉
Sebab bila pakai baju tak bergosok, rasa sememeh dan serba tak kena je rasa.
.
Hari tu kak ZM ada baca 4 tip menggosok pakaian untuk lebih jimat masa dan tenaga.
Kak ZM boleh cubalah.
Ni kak ZM share jugak untuk mama ya

TIP 1 :
Balut ironboard kita tu dengan Aluminium foil sebab aluminium foil dapat memantulkan haba dari seterika ke bahagian bawah pakaian apabila menggosok. dengan cara ni,kita seolah menggosok pada dua-dua bahagian.

TIP 2 :
Bagi pakaian yang berbutang, untuk elakkan bahagian berbutang mengerut apabila digosok, gosok bahagian dalam dulu. Sama juga cara menggosok material yang tebal.

TIP 3 :
Tips menggosok pakaian terutamanya bahagian bahagian lengan;masukkan sehelai tuala ke bahagian lengan semasa menggosok. ini boleh mengelakkan kesan lipatan selepas menggosok.

TIP 4 :
Bagi menggosok tudung pula, pastikan kita menggunakan suhu yang sesuai mengikut material tudung. Kenalpasti material tudung sebelum menggosok supaya tudung tak rosak dan masa pun jimat.

Semoga tip ni bermanfaat dan boleh diamalkan untuk memudahkan urusan mama.
Terima kasih. 🌹🌹

#JubahPlusSizeSiFU
#jubahmenyususaizbesar
#Custommadeabaya
#jubahmudahgosok
#abayamamabyclothdnz


ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way
=====================================
==========
TEMPAHAN:
 ==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261
atau email nikhabiz@gmail.com

09 October 2016

Tip pilih abaya




💥Tip Memilih Abaya💥

+ Suaipadankan dengan aksesori yang sesuai.
Contohnya jika pada hari tersebut kita memakai abaya hitam, untuk tudungnya pakailah warna pastel@bold. Atau boleh juga kasut warna lain untuk lebih menarik.

+ Pastikan material abaya adalah yang selesa untuk kita. 

Sebagai contohnya, kain wollycrepe, sakura silk sesuai untuk dipakai sehari-hari. Walaupun tebal, tapi sejuk dan selesa.

+ Abaya boleh digayakan untuk semua majlis. Dengan tambahan sedikit lace atau manik, abaya akan nampak lebih ekslusif berbanding plain sahaja.



ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way
=====================================
==========
TEMPAHAN:
==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261
atau email nikhabiz@gmail.com

04 June 2015

Tip penjagaan abaya

ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way
=====================================


 1. Kenalpasti jenis kain dan hiasan pada abaya. Jika ada renda dan manik, ia perlu dibasuh dengan tangan supaya tahan lebih lama. Elakkan merendam abaya terlalu lama jika menggunakan cucian tangan.

2.  Jika abaya tiada manik, renda atau sulaman bolehlah menggunakan mesin basuh dengan mode: delicate atau soft. Seeloknya gunakan laundry net.

3. Jemur secara keluarkan bahagian dalam abaya, atau elak jemur di bawah matahari terik untuk memastikan warna abaya kekal seperti baru.

4. Tidak perlu melipat abaya, terus gantung selepas diangkat.

5. Elakkan dibasuh bersama kain lain yang mudah luntur atau elakkan terkena peluntur.

6. Gosok dengan kepanasan sederhana. Digalakkan untuk menggosok bahagian dalam abaya jika terdapat hiasan seperti manik dll.


========== 
TEMPAHAN:
==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261
atau
email nikhabiz@gmail.com

02 June 2015

Tip pemakaian abaya

ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way
=====================================

Pemakaian abaya sudah menjadi trend di Malaysia terutama bagi ibu-ibu bekerja pada setiap hari Jumaat. Kenapa abaya sering menjadi pilihan? Ia menjadi pilihan kerana mudah disarungkan, senang digayakan pada setiap masa dan sesuai pada semua keadaan.

Antara tip pemakaian abaya ialah:

1. Pastikan anda memilih saiz yang tepat. Elakkan memakai saiz yang kecil dan terlalu besar untuk keselesaan dan kelihatan kemas.

2. Pakai inner longgar bersama skirt labuh/seluar longgar sebagai alas abaya.

3. Pilih corak/hiasan yang sederhana dan mengikut situasi atau tempat anda memakai abaya. Jika ke pejabat contohnya, pilihlah abaya yang dihiasai sulamam/manik atau corak sederhana dan tidak terlalu sarat.

4. Pilih abaya yang boleh ditempah (custom made) akan memberi sedikit kelainan dan gaya eksklusif buat anda.

5. Pilih potongan abaya yang bersesuaian dengan badan anda. Terdapat potongan A-cut, Princess cut, Umbrella cut: kesemuanya sesuai digayakan oleh Muslimah kerana longgar di bahagian bawah. Ia juga boleh dipakai semasa hamil.

6. Untuk ibu menyusu, pilih fabrik yang selesa bagi anda & bayi, pilih abaya yang memudahkan anda menyusukan bayi seperti mempunyai bukaan khas, berzip atau berbutang.


==========
 TEMPAHAN:
 ==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261 atau email nikhabiz@gmail.com

01 June 2015

Tip memilih potongan Peplum Muslimah

ClothDNZ ~ Nursing Beautifully in Muslimah Way
=====================================


Pemakai yang mempunyai potongan pinggul yang besar digalakkan memakai potongan peplum yang menutup penuh pinggul.

Jika memiliki perut yang menonjol sedikit, potongan yang sesuai adalah peplum labuh (menutup pinggul juga) dan pakai tali pinggang sederhana besar. Pastikan tidak ketat hingga menampakkan bentuk pinggang.

Jika berbadan agak comel/besar, potongan peplum yang sesuai ialah potongan peplum bawah punggung iaitu paras peha. Pilih warna gelap seperti hitam, coklat dan biru gelap dan elakkan peplum bercorak melintang.

Pilih peplum kosong/plain dan padankan dengan skirt lurus (tidak kembang) mahupun seluar jeans potongan lurus. Serlahkan penampilan dengan tudung bercorak warna sedondon.

Material kain adalah elemen yang sangat penting dalam memilih fesyen peplum. Elakkan memilih kain yang nipis dan melekat untuk mengekalkan imej Muslimah.

Pilihlah kain jenis cotton kerana ia lebih tebal.

Anda boleh suai padankan peplum bersama skirt, palazzo dan seluar jeans longgar mahupun maxi dress tanpa lengan. Untuk pemilihan skirt sebaiknya potongan simple dan lurus. Elakkan memakai skirt yang berenda.



Kredit untuk http://ladyfazshop.blogspot.com/ & Kedai Tudung Labuh IbuHumaira'


==========
TEMPAHAN:
==========
Whatsapp/Telegram 011-2300 8261
atau email nikhabiz@gmail.com

16 February 2015

Tip memilih pakaian menyusu


Ibu menyusu kini sangat bertuah kerana sudah banyak pilihan baju menyusu yang dapat membantu penyusuan dengan mudah dan selesa di mana-mana sahaja. Ia bukan sahaja memudahkan penyusuan, malah ibu kelihatan sopan dan cantik bergaya.

Ada yang bertanya, perlukah baju menyusu? 
Jawapannya bergantung pada citarasa masing-masing :). Ada ibu yang tidak suka menyelak/mengangkat baju dari bawah terutama jika memakai baju labuh. Jadi baju menyusu dengan bukaan khas direka untuk memudahkan ibu menyusukan bayi. Hanya selak/buka sedikit dan ibu boleh terus menyusukan bayi atau memerah susu di pejabat. Orang sekeliling pun mungkin tidak perasan kerana ia boleh dilakukan dengan cepat.

Oleh kerana sudah banyak pilihan baju menyusu untuk ibu, mari kita lihat tip untuk mendapatkan baju menyusu yang sesuai.

1. Pilih desain yang disukai atau selesa dipakai.

Ibu tidak perlu terlalu mengikut trend. Pakaian perlu diutamakan dari segi fungsinya terlebih dahulu. Apabila ibu berasa gembira dan selesa, susu lebih mudah dihasilkan dan penyusuan lebih lancar.

Desain atau jenis baju menyusu adalah seperti dress/ jubah/ abaya, blouse, tshirt, pelbagai jenis kurung (moden, Pahang, Riau, pesak gantung), kebaya

2. Pilih jenis kain/material.

Pilih kain yang lembut dan stretchable. Banyak baju menyusu dihasilkan dari fabrik lycra kerana ia mudah dijahit dan cantik untuk pelbagai jenis bukaan menyusu. Fabrik ini sejuk dan selesa dipakai. Ia juga mudah diurus kerana tidak perlu diseterika.


Namun ada ibu yang tidak berani memakai fabrik lycra dengan sebab ia mengikut bentuk badan. Sebenarnya ia boleh dipakai dengan sedikit tip yang pernah saya kongsikan di page ClothDNZ. Saya akan kongsikan semula di post khas berkenaan fabrik lycra. Asasnya ialah potongan yang longgar dan jenis lycra itu sendiri, ada yang nipis, ada yang lembut, ada yang tebal. Ibu boleh bertanya pada peniaga, jenis lycra yang digunakan.

Alternatif lain bagi yang memilih fabrik memeri ialah denim. Ciri-cirinya hampir sama dengan lycra.

Kain kapas (cotton) pula amat sesuai untuk ibu dan bayi berkulit sensitif. Ia lembut dan tahan lasak. Kain kapas berkualiti tinggi mudah diurus walaupun perlu digosok (mudah hilang kedut bila diseterika).


Kain sutera (silk) sangat cantik tetapi kelemahannya ialah agak susah hilang kesan susu apabila ibu mengalami leaking semasa tidak memakai nursing pad.

Wool tidak sesuai dipakai oleh ibu jika ingin menyusukan bayi yang mengalami ekzema. Ini kerana geseran kain pada kulit bayiboleh menyebabkan kulit bayi gatal/luka.

3. Hadkan hiasan/aksesori.

Elakkan aksesori yang sarat seperti manik, sequin terutama pada bukaan menyusu yang boleh menyebabkan kulit bayi tercalar/gatal


Ibu juga boleh mendapatkan tip bergaya untuk ibu menyusu di sini:

Do I Need to Buy Special Clothes to Breastfeed?
10 things to wear as a nursing mother
Nursing fashion guide
10 style tips for nursing mothers

28 September 2014

Tip berpakaian mengikut kesesuaian badan

Setiap wanita perlu tahu jenis bentuk badan yang dimiliki untuk memudahkan pemilihan pakaian yang bersesuaian. Pemilihan pakaian amat penting kerana pakaian yang sesuai dengan badan akan memberi keselesaan, keyakinan dan menarik dipandang.

Berikut adalah tip berfesyen dari Cik Puan Nadiah Ibrahim, Perunding Imej bertauliah dan Pengarah NADYA Power Image Consultancy:

1. Bagi wanita berbadan gempal dan tinggi
  • Secara umumnya bentuk badan ini dinamakan bentuk bulat atau epal.
  • Pilih fabrik seperti cashmere, kapas dan linen.
  • Elakkan fabrik satin (yang berkilat), berkait tebal (knitted), kuodroi tebal dan lycra nipis. Ini kerana ia akan menampakkan badan kelihatan lebih gempal.
  • Pilih corak yang memberi ilusi kurus seperti jalur serong dan jakur tegak.
    Pilih corak bunga atau polkadot tidak lebih dari sebesar penumbuk. Saiz yang lebih besar akan membuta anda kelihatan lebih besar.
  • Pilih warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru atau hijau gelap.
  • Elakkan memakai tudung atau anak tudung yang melekap di atas dahi bagi yang berwajah bulat dan berisi.
  • Pilih tudung atau anak tudung yang tirus di atas dahi.
  • Apabila bergambar, anda boleh meletakkan tangan di bahagian pinggang untuk tidak kelihatan gempal dalam gambar.
[Picture source]

2. Bagi wanita berbadan kurus dan tinggi
  • Sesuai mengenakan pakaian berwarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat.
  • Sesuai menggayakan corak melintang dan bunga yang besar supaya tidak nampak terlalu kurus. 

3. Bagi wanita berbadan kurus dan rendah
  • Sesuai berpakaian dari warna yang lebih cerah dan corak yang lebih besar.
  • Corak garis menegak akan menampakkan anda kelihatan lebih tinggi

03 September 2014

Tip memilih pakaian mengikut warna kulit dan karakter

Teks : ClothDNZ
Gambar : Carian Google


Kredit

Pemilihan warna pakaian perlu disesuaikan mengikut tujuan, waktu dan tempat ia dipakai:

Warna lembut sesuai dipakai untuk menyerkahkan sifat feminin. Warna ini juga sesuai untuk acara formal.
Warna gelap boleh juga dipakai dalam acara rasmi.
Warna terang digunakan untuk menarik perhatian. Ia juga sesuai untuk acara tidak rasmi.

Pakaian nampak lebih enak dipandang apabila si pemakai pandai memilih mengikut warna kulit:

Bagi yang berkulit cerah : mereka kurang sesuai mengenakan warna lembut seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu.

Bagi yang berkulit kuning langsat : mereka lebih sesuai dengan warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru.

Bagi yang berkulit sawo matang : mereka kelihatan menarik apabila berpakaian ungu, oren atau merah hati.

Bagi yang berkulit gelap : mereka sesuai memilih warna tanah yang lembut.

Panduan ini dikongsikan oleh Tuan Muhammad Faizal Jaafar, pemilik butik Gee Cantik Bridal House.

Baca juga Petua memilih warna baju

10 April 2014

Berapa meter kain diperlukan?

Teks: ClothDNZ : Butik Baju Menyusu Muslimah
Gambar : Koleksi ClothDNZ

Kami sering menerima soalan dari pelanggan berkenaan dengan jumlah sebenar fabrik yang diperlukan untuk tempahan kurung menyusu.

Sukar untuk kami memberikan kuantiti yang tepat, kerana kuantiti fabrik yang mencukupi untuk satu-satu design adalah berbeza mengikut faktor di bawah:
  • Jenis Baju /Design Baju 
  • Ukuran badan
  • Bidang (lebar) fabrik
  • Design pada fabrik (corak sekata, jalur, bunga menjalar, etc)
  • Tambahan ciri fabrik (sulaman pada bahagian tertentu, corak yang perlu diletak pada bahagian tertentu baju, fabrik berbatu/manik etc)
Kebiasannya, 4m fabrik bidang 45 adalah mencukupi untuk sepasang baju kurung pesak/pahang menyusu yang tanpa inner. Untuk design yang mempunyai inner, tambahan 0.5m fabrik adalah diperlukan.

Bagi bahagian inner ini, adalah terpulang kepada pelanggan untuk samada menggunakan fabrik yang sama sepertimana untuk baju atau fabrik polos/'stretchable'.




Bagi pelanggan yang memilih design kurung moden dengan bukaan menyusu kanan dan kiri, adalah disarankan untuk menyediakan fabrik yang lebih daripada kebiasaannya. Ini kerana untuk membolehkan zip dimasukkan ke sisi kiri dan kanan dada, cutting jenis 'princess cut' adalah diperlukan. Cutting ini adalah bermaksud 3 panel akan di potong dan dijahit-cantumkan pada bahagian depan, berbanding hanya 1 panel sahaja untuk kurung moden biasa.

Kurung moden / blouse dengan bukaan menyusu zip kanan kiri
Oleh itu, sekiranya fabrik yang digunakan adalah jenis bercorak bunga menjalar atau corak pada satu arah, fabrik yang diperlukan adalah lebih daripada kebiasaannya. Ini bagi memastikan corak pada panel-panel di hadapan baju dan juga pada tangan adalah sekata dan bersambung. Bergantung kepada saiz juga, selalunya design sebegini memerlukan antara 4.5-5m fabrik untuk sepasang.

Design seperti peplum, potongan flare, dan berfesyen juga memerlukan fabrik yang lebih.

Abaya Peplum


Minima lebar bidang kain yang diperlukan adalah 45". Adakalanya fabrik siap potong 4m (termasuk jenis sulaman/ sutera/berbatu) mempunyai bidang lebih kecil dari 45" yang mana akan menyebabkan pihak tailoring tidak dapat menyiapkannya.

07 April 2014

Panduan menjaga kain Cotton

Teks: ClothDNZ : Butik Baju Menyusu Muslimah
Gambar : Koleksi ClothDNZ


Kain cotton (kain kapas) tidak luntur di telan zaman. Ia masih menjadi pilihan ramai terutama ibu untuk dipakai sendiri mahupun untuk anak-anak terutama bayi atau kanak-kanak yang agak sensitif kulitnya.

Kelebihan cotton adalah: selesa, sejuk, serap peluh, tahan lasak, sesuai untuk semua cuaca, trend terkini yang cantik-cantik.




Berikut adalah tip penjagaan kain kapas / cotton:

+ Basuh kain cotton sebelum dijahit untuk mengelakkan ia mengecut (shrink)

+ Seeloknya basuh berasingan dari kain lain untuk basuhan kali pertama. Boleh basuh tangan atau mesin basuh dengan mode : Soft.

+ Elakkan dari terkena peluntur kain (bleach). Sesetengah pelembut (softner) mungkin tidak sesuai untuk kain cotton kerana mengurangkan 'pernafasan' kain cotton tersebut.

+ Jemur di tempat yang tidak terlalu panas dengan cahaya matahari.

+ Terbalikkan kain/baju semasa di jemur.

+ Baju dari kain cotton elok digantung bukan dilipat.

+ Terus dibasuh dan dijemur selepas dipakai. Elakkan dari tersimpan lama dalam bakul kain kotor atau mesin basuh bagi mengelakkan kedutan yang berlebihan.

+ Gosok dengan seterika stim, atau semburkan air sebelum gosok dengan suhu yang sesuai. Kain cotton dengan kualiti premium amat mudah digosok.


Kain-kain cotton ini sangat cantik dibuat jubah / dress atau sebarang fesyen baju menyusu.
Tempah baju menyusu terus dengan kami di --> http://clothdnz.blogspot.com/search/label/Tempahan%20Baju%20Menyusu

04 April 2014

Panduan membeli kain


Membeli kain dengan jumlah yang betul amat penting bagi memudahkan tukang jahit dan memberi lebih kepuasan kepada si pemakai kerana baju dapat dijahit dengan lebih elok dengan ukuran dan jahitan yang berkualiti.

Berikut tip yang boleh digunakan semasa membeli kain:

1. Ukuran kain bagi individu yang berbadan besar (++ size)
Wanita:
Bidang 45,  4.5 meter  (4 1/2m). 
Bidang 60, 4 meter.

Bagi kain berkhaki atau berjalur, 4 meter suku (4 1/4m). Kalau badan yang gempal/besar, beli kain 4 1/2 meter.

Lelaki untuk baju melayu:
4.5 meter

2. Ukuran kain bagi individu yang berbadan biasa 
Bidang 45, 4 meter.
Bidang 45 kain berkhaki / berjalur 4 1/4 meter

Bidang 60 3.5 meter. 
Bidang 60 kain berkhaki / berjalur 4 meter



Lelaki untuk baju melayu:
4 meter suku (4 1/4m)

3. Ukuran kain bagi Kanak-kanak 
2 tahun ke bawah : 1.5 meter
3-5 tahun : 2 meter.
6-12 tahun : 3- 3.5 meter.
12-13 tahun : 3.5 meter bagi saiz badan biasa dan 4 meter bagi yang berbadan besar..

Bagi individu yang tinggi, dicadangkan untuk beli kain lebih sedikit daripada biasa.

Bagi kain matching yang sudah siap dipotong 2 meter baju dan 2 meter kain, seeloknya dibeli lebih sedikit untuk baju 2 1/4 meter bergantung pada saiz dan ketinggian badan serta fesyen baju yang ingin dijahit.

Kredit : Nashfesyen

Untuk tempahan baju menyusu dan baju raya sekeluarga, klik di sini --> Tempahan Jahitan


06 March 2014

Tip memilih pakaian mengikut bentuk badan

Teks : ClothDNZ
Gambar : Carian Google



• Tubuh Besar
Untuk menampakkan ilusi lebih 'slim', anda lebih sesuai mengenakan baju berwarna gelap, corak menegak atau corak bunga kecil. Elakkan dari memakai corak bunga besar.



• Tubuh Kurus
Warna yang sesuai adalah warna yang cerah dan corak melintang serta bunga besar untuk kelihatan lebih berisi.




• Tubuh 'Epal'

--> tubuh yang bulat, pendek dan besar di bahagian pinggang.
Baju yang sesuai untuk dipilih adalah yang berwarna neutral atau gelap. Pemilihan baju yang mempunyai corak terlalu besar atau menyerlah akan menampakkan bahagian atas badan anda lebih besar.



• Tubuh 'Pear'
--> tubuh lebih besar di bahagian bawah pinggul dan paha, bahagian atas kecil.
Lebih sesuai dengan baju berwarna terang dan corak yang menyerlah.


• Tubuh 'Jam Pasir'
--> memiliki ukuran bahu dan pinggang yang sama dengan tubuh yang mengecil di bahagian pinggang.
  Corak yang sederhana di bahagian dada lebih sesuai untuk anda.


13 August 2011

Tips membeli pakaian secara online

Anda masih ragu-ragu untuk membeli pakaian secara online?
Anda tidak pasti cara untuk memilih pakaian yang terbaik?
Anda takut tersilap saiz, tidak selesa?

Nik Ha ingin berkongsi tips yang anda boleh gunakan semasa membuat pembelian pakaian di kedai maya.

Bagi pembelian pakaian, anda perlu pastikan jenis kain, contohnya: lycra, cotton, crepe dll.. Tanyakan kepada penjual jenis kain & cuba google untuk lebih mengenali jenis-jenis kain tersebut. Yang paling penting adalah ciri-ciri kain tersebut seperti sejuk, lembut, serap peluh, selesa dipakai dsb. terutama bagi bayi atau yang berkulit sensitif. Bagi Muslimah sudah pasti ciri-ciri syariat diutamakan seperti labuh, longgar, tidak jarang, tidak ketat. Pakaian haruslah dipakai mengikut fungsi & tempatnya. Cth: baju yang ketat mestilah dipakai di dalam rumah atau dgn mahram shj.

Seterusnya, anda perlu pastikan saiz yang tepat. Anda perlu melihat saiz yang disediakan samaada dalam inci ataupun cm. Walaupun dinyatakan saiz standard XS, S, M....XXL, tapi anda perlu menyemak ukurannya kerana setiap jenama, ukurannya agak berbeza walaupun saiz yang sama. Ada juga jenama yang sama tetapi ukuran sedikit berbeza kerana design yang berbeza. Anda boleh rujuk peniaga untuk membantu anda membuat pilihan saiz yang tepat.

Sebagai pembeli anda berhak mendapat penukaran semula pakaian yang anda beli. Tetapi ini bergantung kepada stok dan terma & syarat dari penjual/pembekal. Jadi sebelum membeli anda perlu pastikan samaada ia boleh ditukar jika tersalah saiz atau tidak.
Cara mengambil ukuran badan anda :
Bahu : ukur dari bahu kanan-kiri @ sebaliknya
Dada (bust) : Ukur lilit dada anda dengan meletakkan tali pengukur di tengah-tengah (fullest area of your bust) .Tarik nafas dan hembuskan, barulah ambil ukuran.
Pinggang (waist) : ukur lilit kawasan pinggang tanpa bertindih dengan kain, tali pinggang dll.
Paha (hips) : ukur lilit paha (fullest point) secara berdiri,  anggaran 7 inci di bawah pinggang


Anda juga boleh bertanyakan cutting baju yang hendak dibeli. Ada yang kecil, ada yang besar walaupun anda telah pilih saiz yang biasa anda pakai. Ia bergantung pada jenis kain dan design, straight-cut, A-cut. Jika anda tidak pasti, dicadangkan ambil saiz yang besar sedikit. Masih boleh dipakai jika mengandung, bertambah berat badan atau boleh di''alter'' jika ingin kelihatan terletak pada badan.

Itu sahaja buat kali ini. Nik Ha akan kongsi banyak lagi info & tips dari semasa ke semasa.
Selamat membeli-belah di ClothDNZ.
Jangan tunggu hingga minggu terakhir Ramadhan kerana mungkin pakaian anda terlewat sampai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...